Online Diary A M A N I A F A N D I

Friday, August 10, 2012

Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

  • Penampalan ozon



Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.
  • Memperkenalkan undang-undang

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

  • Penggunaan teknologi 

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

  • Kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kesan Pencemaran Udara

  • kesan yang akan berlaku daripada bahan pncemar ASAP DAN JELAGA ialah sesak nafas dan jerbu
  • kesan yang akan berlaku daripada bahan pncemar DEBU ialah sakit mata,bronkitis,batuk,asma dan kanser peparu
  • kesan yang akan berlaku daripada bahan pncemar KARBON MONOKSIDA ialah sakit kepala,kerosakan otak dan maut
  • kesan yang akan berlaku daripada bahan pncemar SULFUR DIOKSIDA ialah bronkitis,pneumonia,mengakis tisu di dalam peparu dan hujan asid

  • kesan yang akan berlaku daripada bahan pncemar ZARAH-ZARAH PLUMBUM ialah keracunan plumbum,kerosakan sistem saraf,kerosakan jantung dan ginjal
  • kesan yang akan berlaku daripada bahan pncemar KLOROFLUOROKARBON berlakunya penapisan ozon
  • kesan yang akan berlaku daripada bahan pncemar KARBON DIOKSIDA ialah kesan rumah hijau dan peningkatan suhu bumi (pemanasan global)







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, August 6, 2012

Sumber Bahan Pencemar

ASAP DAN JELAGA : *pembakaran terbuka  *asap rokok *kebakaran hutan *ekzos kenderaan

DEBU : *kuari *kilang simen,kilang asbestos dan kilang papan *tapak pembinaan banggunan

KARBON MONOKSIDA : *asap rokok *ekzos kenderaan

SULFUR DIOKSIDA & OKSIDA NITROGEN : *kilang *ekzos kenderaa
                                     
KLOROFLUOROKARBON : *penyembur aerosol*kilang elektronik *penyaman udara*peti sejuk











Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Contoh-Contoh Bahan Pencemaran

antara contoh - contoh bahan pencemaran ialah :
  • asap dan jelaga
  • debu
  • karbon monoksida
  • sulfur dioksida dan oksida-oksida nitrogen
  • zarah-zarah plumbum
  • klorofluorokarbon (CFC)
  • karbon dioksida



sumber : buku teks sains tingkatan 1 (m/s 144)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Maksud Pencemaran,Pemeliharaan,Pemuliharaan

  • Pencemaran : merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan    kimia,jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.
  • Pemiliharaan : tindakan melindungi sumber-sumber tersebut supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya.
  • Pemuliharaan : cara penggunaan,pengendalian dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan kerugian,kerosakan dan pembaziran.




sumber maklumat : google

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Cik Nia Nasuhah